RSS

celoteh 15:

22 Jan

assalamualaikum wbt,,

weee…

arini ari rehat2 kat umah..yaww..terasa mood masak2 kembali..hehehe rasa mcm nk mkn makaroni bakarlah plak..

serius dulu x reti sgt nk buat makaroni bakar ni..tp bak kata org kalau x cuba mana nk tau kan..so apa lagi jom campak2..apa bahannya..

1st bahan utamanya…

~ makaroni ( direbus sampai lembut yee)

~ telor ( anggaran aku setengah paket makaroni dlm 5-6 biji telor) dipukul bukan dibantai hingga kembang

~ cheese mozarella..tp nk guna cheese cheedar pun boleh..cuma  jgn cheesebedebah je! ( sagat cheese ni halus2 ok)

kemudian bahan2 lain ….

~ sebijik bawang besar dicincang halussss2

~ sos prego ** ini tambahan je sebagai perasa msm2 sikit x perlu byk dlm 2 sudu besar cmtu

~ bhn2 penyeri seperti lada sulah, lada hitam , serbuk parsley, oregano adalah sebagai tmbahan..xmoh letak x menjadik masalah…

~ sila letak garam sedikit je..kang tawar pulak..

owh ye terlupa plak…ader bahan lain nk bgtau…ni pun kira penting gak ni..

~ ayam cincang..kalau nk guna daging cincang pun boleh..asalkan halal ye pada yg berkenaan

~ sosej tuk menambah kesedapan…

……….

kesemua bahan2 td kecuali telur dan cheese ditumis mcm nk buat makaroni goreng tu…lepas da jadik makaroni goreng tu..biarkan sebentar..kasi sejuk..

ok kita ke segmen tuk membakar plak…

~ gunakanlah bekas yg sesuai tuk membakar..lepas tu sapukan sedikit mentega agar makaroni kita x lekat bawah tu…

~ letakkan separuh makaroni digoreng tadi kedalam bekas..kemudian taburkan sedikit cheese diatasnya…

~ baki makaroni td diletakkan semula..selangkan lagi dengan cheese td..** kira selang seli..bukan teka silang kata

~ da selesai main selang seli td..barulah tuangkan telur yg dipukul..

~ taburkan sedikit serbuk parsley td..lada hitam sikit dan hirisan mentega sikit…

~ kemudian bakar dlm 20-25 minit..ingat jgn sampai kasi hangus yek….

amacam? kira senanglah jugak kan..yg penting jgn malas….huhuhu so ni hasilnya bila da siap…

tadaaaaaa…….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

huhuhuhu nmpk sedap x….kira oklah ni kan..xlah pro sgt tp mengenyangkan tu insy…jadik sesapa yg terasa nk cuba tu..sila2kan…

*** harap maaf..separuh drp gmbr diciplak drp sumber2 di internet dan ader juga hak milik sy sendiri…terima kasih..

beransur dulu daa….

 

 

 

 

 

 

 

 

love : ahciksue…

 
1 Comment

Posted by on 22 January 2011 in cuba, masak2

 

One response to “celoteh 15:

  1. sue sakarnor

    23 January 2011 at 10:01 am

    adddduuuuhhh!

     

Leave a comment